HDI Propoelix ™ adalah produk imuniti yang paling terkemuka pada tahun 2020 semasa pandemik COVID-19

Propolis adalah bahan campuran resin semula jadi yang dihasilkan oleh lebah madu yang telah dikumpulkan dari bahagian tanaman. Lebah mengumpulkan propolis dari tumbuhan yang berlainan di dalam zon iklim yang berbeza. Propolis adalah produk semula jadi yang digunakan sebagai sistem pertahanan dalam sarang lebah.

HDI PROPOELIX™ adalah hasil pengekstrakan hebat dari propolis yang dilakukan dengan menggunakan proses pengekstrakan unik dengan teknologi Continuous Multi-Stage Countercurrent Extraction (CMCE) atau Teknologi Pengekstrakan Arus Berterusan. Proses CMCE boleh membuangkan semua lilin dan resin dalam propolis, hanya meninggalkan bahan aktif yang bermanfaat. HDI Propoelix™ adalah campuran proprietari ekstrak propolis yang mengandungi mineral seperti magnesium, kalsium, potassium, sodium, zink, tembaga; 16 asid amino penting, juga mengandungi semua vitamin kecuali Vitamin K. HDI Propoelix™ mempunyai banyak manfaat kesihatan untuk mencegah penyakit-penyakit yang berbeza kerana ia berfungsi sebagai anti-biotik semula jadi, anti-virus, anti-bakteria, anti-mikrob dan anti-kulat.

Aktiviti biologi atau aktiviti farmakologi menerangkan kesan baik dari makanan tambahan kepada manusia. Banyak produk propolis di pasaran tidak mempunyai maklumat khusus mengenai komponen bioaktif produk mereka.

HDI Propoelix™ telah diuji di Intertek Food Services GmbH, Germany. Syarikat Intertek telah diiktirafkan lebih dari 130 tahun, oleh syarikat-syarikat di seluruh dunia, untuk membantu memastikan kualiti dan keselamatan produk mereka. Intertek mempunyai kehadiran di 1,000 lokasi yang terletak di lebih dari 100 negara. Intertek Food Services GmbH, Germany adalah salah satu syarikat terkemuka yang pakar di dunia dalam analisis produk madu dan produk sarang lebah, juga ia telah menawarkan penyelesaian perkhidmatan yang komprehensif kepada industri makanan, memberikan hasil ujian yang dipercayai kepada pelanggannya.

HDI Propoelix™ telah mendapat hasil terbukti dari Intertek Food Services GmbH, Germany kerana produk ini mempunyai 7 komponen bioaktif: CAPE (Caffeic Acid Phenethyl Ester), Naringenin, Chrysin, Galangin, Cinnamic Acid, Pinocembrin dan Apigenin. 7 komponen ini mengesahkan manfaat kesihatan HDI Propoelix™ untuk pelbagai jenis penyakit kerana komponen bioaktif ini mempunyai anti-oksidan tinggi, sifat anti-barah, hepatoproteksi, anti-mikrob, anti-radang, anti-kulat, kesan kardioprotektif dan anti-virus. Dengan semua sifat-sifat yang bermanfaat dalam HDI Propoelix™, ia amat berkesan sebagai imunomodulator untuk pencegahan dan penawar untuk pelbagai penyakit.

Dari perspektif pelanggan kami, bahawa HDI Propoelix™ telah terbukti hasilnya, ia bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan meningkatkan sistem imun mereka, tetapi juga membantu pemulihan yang lebih cepat dari penyakit. Produk ini juga telah menjalani pelbagai ujian klinikal termasuk Deman Denggi dan penyakit HIV / AIDS dan hasilnya telah diterbitkan dalam jurnal perubatan.

Dengan pengenalpastian bagi komponen bioaktif dalam HDI Propoelix™, kami yakin dapat memperluaskan pasaran hingga ke peringkat antarabangsa dan kami memastikan bahawa banyak orang dan semua keluarga di seluruh dunia dapat memperoleh faedah untuk meningkatkan sistem imun mereka dengan penggunaan HDI Propoelix™.